Search


Spagheti Bolognese

Bahan bahan:<...

  • Share this:


Spagheti Bolognese

Bahan bahan:

1 botol sos spagheti original prego
1 tin tomato puree
1 tin tomata cincang
Daging cincang
Bawang putih
Bawang besar

Mushroom
Lada benggala
Serbuk lada putih
Italian herbs
Garam dan gula

Cara cara:

Panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang putih. Masukkan sedikit cili kisar bagi memberi sedikit rasa pedas.

Masukkan daging cincang. Goreng sehingga daging agak masak, masukkan sos spagheti dan tomato puree serta tomato cincang. Masukkan sedikit air.

Renihkan dan masukkan mushroom, bawang besar dan sayuran. Boleh juga bawang besar ditumis selepas bawang putih. Renihkan lagi. Masukkan garam, gula dan herbs.

Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Bolehlah dihidangkan dengan menuangkan sos spagheti ke atas spagheti yang direbus dengan sedikit garam dan minyak zaitun.

Taburkan fresh parsley. Saya hanya guna dried parsley kerana mencari di Giant tempohari, tak ada. Taburkan sedikit parmesan cheese. Saya tak letak pun kerana kehabisan stock.


Tags:

About author
not provided
View all posts